PM solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana

PM solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana

Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, di sini, bersama kira-kira 1,000 jemaah, hari ini.

Beliau yang berbaju Melayu berwarna biru muda lengkap bersamping tiba di masjid itu pada pukul 1.05 tengah hari, sambil disambut jemaah.

Perdana Menteri kemudiannya bersama jemaah mendengarkan khutbah Jumaat bertajuk ‘Integriti Pendukung Kekuatan Ummah’.

Khutbah tersebut disampaikan sempena sambutan Hari Integriti Nasional yang disambut pada 5 November setiap tahun.

Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah.

Anwar turut meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk makan tengah hari bersama penduduk setempat di Restoran Kampung Mak Chik, Taman Putra Perdana, Puchong di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya