PKR perkenal duit peringatan sempena 25 tahun

PKR perkenal duit peringatan sempena 25 tahun

GAMBAR duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Ke-25 penubuhan parti PKR pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-17 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: PKR buat julung kalinya mula memperkenalkan duit peringatan khas bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan parti berkenaan.

Menurut Pengerusi Sambutan Jubli Perak PKR, Wong Chen, idea penghasilan duit khas itu dicetuskan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.

“Saya berharap semua ahli parti akan sokong dengan beli kerana ia sebahagian sejarah kita sendiri,” katanya berucap pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-17, di sini hari ini.

Parti itu ditubuhkan pada 4 April 1999 dengan nama asal Parti Keadilan Nasional setelah mengambil alih sebuah badan tempatan yang dikenali Ikatan Masyarakat Islam Malaysia.

Ia dibentuk susulan kemelut politik tanah air setahun sebelum itu dan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia kemudian dijenamakan semula sebagai PKR pada 3 Ogos 2003.

Mengulas lanjut, Wong yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menambah, beliau membawa tiga corak reka bentuk akhir syiling berkenaan untuk dikemukakan bagi pertimbangan MPP sebelum dimuktamadkan kepimpinan parti.

“Presiden kita akhirnya bersetuju memilih gambar memaparkan detik ikonik permulaan gerakan Reformasi yang bermula di Kuala Lumpur pada 20 September 1998,” jelasnya.

Corak muka depan duit itu ujarnya, menunjukkan imej Anwar sedang berucap di anjung Masjid Negara yang datarannya dibanjiri ribuan penyokong sebelum ditahan pihak polis.

Insiden bersejarah yang turut menarik perhatian media dunia itu berlaku selepas beliau dipecat Tun Dr, Mahathir Mohamad daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya