Pilihan utama tepati ramalan juarai acara beregu - Utusan Malaysia

Pilihan utama tepati ramalan juarai acara beregu

FRANCIS Casey Alcantara dan Christopher Rungkat (tengah) muncul juara acara beregu Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pilihan utama, Françis Casey Alcantara-Christopher Rungkat muncul juara acara beregu Kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di sini hari ini.

Pasangan Filipina-Indonesia itu seperti dijangka tidak menghadapi masalah untuk menunduk pasangan bukan pilihan, Loof Thijmen-W Trongcharoenchaik (Belanda-Thailand )  6-2,6-0 pada perlawanan akhir.

Pasangan pilihan utama itu mara ke final selepas mengatasi pasangan pilihan keempat dari China, Qian Sun-Tang Sheng 6-3, 6-2 di separuh akhir.

Gandingan Thijmen-Trongcharoenchaik sekali lagi melakukan kejutan dengan mengatasi pasangan pilihan ketiga, Han Seon Yong -Lee Jeamoon (Korea) 4-6, 6-3,10-6.

Selaku juara, Alcantara-Rungkat meraih hadiah wang RM4,147 manakalaThijmen-Trongcharoenchaik terpaksa berpuas hati dengan hadiah kemenangan RM2,408.

Sementara itu, pemain Rusia, Alexey Zakharov mara ke final acara perseorangan .

Pemain yang layak ke kejohanan itu melalui pusingan kelayakan, menumpaskan Ryota Tanuma dari Jepun di separuh akhir.

Lawannya di final esok ialah Takuya Kumasaka dari Jepun yang mengetepikan Lee Jeamoon dari Korea yang juga pilihan kedua kejohanan 7-6, 6-0. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya