PIBG MCKK saman tiga individu - Utusan Malaysia

PIBG MCKK saman tiga individu

HASSHAHARI Johari Mawi pada sidang akhbar selepas laporan polis berhubung dengan kes buli pelajar MCKK di Balai Polis Jalan Travers hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial.

Wakil PIBG MCKK yang tidak ingin dikenali berkata, laporan polis telah dibuat untuk mengeluarkan saman terhadap tiga pemilik akaun yang menyebarkan maklumat tidak benar melalui media sosial sehingga menyebabkan pelajar, ibu bapa dan guru MCKK terima ugutan.

“Tujuan saya membuat laporan polis pada hari ini mewakili PIBG MCKK sebagai reaksi terhadap ugutan dan ancaman yang diterima kepada anak-anak ibu bapa, penjaga dan guru-guru MCKK yang sekarang ini tersebar kian berleluasa di media sosial.

“Jadi kita berharap dengan laporan polis ini, orang ramai akan berhentilah mengeluarkan posting (hantaran), komen-komen yang busuk, fitnah dan ugutan terhadap pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru-guru MCKK,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Travers, hari ini.

Laporan polis yang dibuat itu berikutan isu buli yang tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu, membabitkan pelajar tingkatan lima dan empat sekolah berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan.

Turut sama hadir adalah Yang Dipertua PIBG MCKK yang enggan mengulas lanjut isu buli tular berkenaan dan menyatakan sebarang kes yang masih di dalam siasatan polis tidak akan diulas.

Sementara itu peguam, Hasshahari Johari Mawi berkata, tindakan undang-undang kepada individu berkaitan akan diteruskan susulan penyebaran maklumat yang berunsur fitnah sedangkan kes tersebut telah diselesaikan di peringkat sekolah.

“Beberapa individu ataupun pengguna yang menggunakan beberapa nama di dalam media sosial tersebut telah dikenal pasti dan akan kita teruskan dengan tindakan undang sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya