PIBG kutip derma beli air untuk sekolah - Utusan Malaysia

PIBG kutip derma beli air untuk sekolah

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu di Kinarut mengalami gangguan bekalan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Masalah tekanan air rendah di kawasan Kinarut semakin meruncing apabila ia mu­la memberi kesan kepada sekolah di sekitarnya.

Baru-baru ini tular dalam media sosial, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu mengutip dana awam untuk membeli air daripada pihak swasta.

Difahamkan tangki sim­panan air telah keha­bi­san bekalan sejak dua ming­gu lalu dan keadaan itu menyebabkan pelajar ter­paksa diarahkan pulang ke rumah masing-ma­sing bermula Isnin lalu.

Hanya pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di sekolah.

Pihak sekolah dikatakan terpaksa mendapatkan bekalan air dengan membuat pembelian daripada tangki air swasta dengan kadar RM600 bagi 20,000 liter untuk kegunaan pelajar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibu bapa kepada salah seorang pelajar dikenali sebagai Asmah berkata, anaknya merupakan pelajar tingkatan lima dan tidak dibenarkan pulang biarpun berlaku masalah bekalan air di sekolah.

Beliau berkata, pelajar lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sementara menunggu kea­daan air di tangki simpanan pulih sepenuhnya.

Sejak kebelakangan ini, tekanan air di kawasan se­kitar MRSM agak rendah dan itu menyebabkan tang­ki simpanan air tidak berupaya untuk dipenuhkan.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, gangguan bekalan air di sekitar Kinarut berlaku akibat kebocoran di paip utama.

“Masalah teknikal itu telah diperbaiki dan sekarang sedang dalam proses mengembalikan tekanan air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya