Pesawah sukar ikut jadual tanaman padi - Utusan Malaysia

Pesawah sukar ikut jadual tanaman padi

SEBAHAGIAN petak sawah yang masih kosong disebabkan kesukaran pesawah mendapatkan benih padi di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Lebih 100 petani di kawasan Semerak di sini mendakwa sukar untuk memulakan kerja-kerja di bendang mengikut jadual selepas berdepan masalah benih padi.

Rata-rata pesawah mendakwa mereka terpaksa membuat tempahan awal dan mengikut giliran sekali gus menyulitkan kerja-kerja menanam padi untuk musim baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang petani, Mat Nor Ismail, 44, berkata, kesukaran itu menyebabkan petak-petak sawah terpaksa dibiarkan kosong.

“Kami (pesawah) di sini perlu menanam secara serentak bagi mengelak ancaman musuh perosak selain hanya mengharap­kan taburan hujan kerana ketiadaan kemudahan saliran tali air.

“Harga benih padi CL 251 dahulunya RM35, kini mencanak sehingga RM55. Sudahlah mahal, sukar pula untuk dibeli. Masalah ini sepatutnya diselesaikan agensi berkaitan untuk mengelak orang tengah memanipulasi harga,” katanya ketika ditemui di bendang Beris Chalok di sini semalam.

Mat Nor mendakwa, kenaikan harga benih turut memberikan kesan kepada kerja-kerja penanaman padi oleh pesawah di kawasan berkenaan.

Selain itu dakwanya, kedai yang menjual benih tidak mahu mengeluarkan resit pembelian turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pesawah.

“Setinggi mana pun kenaikan harga benih, kami tetap menanamnya kerana itu adalah kerja kami sejak sekian lama,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak, Alias Mat Rani berkata, bulan ini adalah musim menabur benih di mana harga padi bawah RM45 untuk satu karung seberat 20 kilogram (kg) sudah tidak ada dalam pasaran.

Katanya, petani di bawah PPK Semerak kebanyakannya membeli benih padi CL 215 pada harga RM54 untuk satu karung.

“Modal pengurusan awal semakin meningkat berban­ding musim sebelumnya kerana untuk 0.46 hektar petani perlu membeli tiga karung atau 60kg benih padi,” katanya.

Alias memberitahu, untuk membeli benih kebal penyakit seperti CL 2 bernilai RM74 bagi 20kg adalah di luar kemam­puan sebaliknya hanya mampu menggunakan benih ‘marhaen’ seperti CL 215, CL 267 dan CL 297. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya