Perhimpunan Bersatu: Muhyiddin masih diperlukan - Utusan Malaysia

Perhimpunan Bersatu: Muhyiddin masih diperlukan

Muhyiddin
HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditegaskan masih lagi diperlukan untuk mengemudi Bersatu sebagai presiden walaupun beliau sebelum ini memaklumkan enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan tahun hadapan.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan kepemimpinan lain, para perwakilan juga sebulat suara menolak cadangan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk berundur.

“Apa alasan yang diberikan, kami para perwakilan yang ada pada hari ini tidak mahu mendengar apa alasan sekali pun bahawa yang penting dalam perjuangan ini adalah kepemimpinan.

Maka, kepemimpinan yang ada dengan Tan Sri (Muhyiddin) melambangkan parti yang kita sayangi ini, teruskan perjuangan dan kami tetap mahukan Tan Sri,” katanya ketika berucap dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Larut itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Mesyuarat Khas MPT yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam menolak cadangan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Bersatu.

Mesyuarat khas tersebut dibuat selepas Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan tersebut semalam mengumumkan untuk berundur daripada kepemimpinan parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya