Perancang bahasa ditegur kerana mencipta istilah baru - Utusan Malaysia

Perancang bahasa ditegur kerana mencipta istilah baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan para perancang bahasa ditegur kerana mencipta istilah-istilah baru tanpa memikirkan kepentingan ramai sehingga menimbulkan banyak kesusahan khasnya kepada penuntut-penuntut.

Ketika membuat teguran itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Tun Mohd Khalil Yaakob menyarankan supaya istilah-istilah lama yang sudah mantap jangan diubah-ubah lagi.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 November 1979 – Tiga batang jalan raya dibina di kawasan operasi Perak-Thailand dalam jangka masa singkat bagi memudahkan pasukan keselamatan menjalankan gerakan memburu pengganas-pengganas komunis di hutan.
  • 19 November 1982 – Polis memberi amaran, orang-orang yang ditangkap dan disabit kesalahan melontar batu ke atas kereta api boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
  • 19 November 1983Pemenang Anugerah Sastera 1983, Usman Awang memberi penghargaan yang tinggi kepada para petani, nelayan, buruh kasar dan rakyat golongan bawahan kerana memberi inspirasi dalam menghasilkan karya-karyanya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya