Perak FC tubuh akademi bola sepak - Utusan Malaysia

Perak FC tubuh akademi bola sepak

NEOW Choo Seong (dua dari kiri) pada sesi ramah mesra bersama media di Menara SSI di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan tubuh akademi bola sepak sedikit masa lagi sebagai menyahut gesaan badan induk bola sepak negara.

Pengarah Pembangunan Belia Perak FC, Neow Choo Seong memberitahu, Bos Gaurus akur terhadap keperluan mewujudkan akademi bagi memajukan pemain.

“Perak FC sedar perlu mewujudkan akademi seperti dilakukan oleh Johor dan FAM.

“Jadi Perak FC akan berusaha menubuhkan akedeminya sendirinya,” katanya ketika berucap pada sesi ramah mesra dengan media di Menara SSI di sini semalam.

Bagaimanapun Choo Seong berkata, untuk menubuhkan sebuah akedemi bola sepak, ia menelan belanja yang besar.

Justeru katanya, Perak FC akan meminta bantuan kewangan kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta untuk merelisasikan impian itu.

Beliau berkata, Perak mempunyai ramai bakat muda dan merugikan jika tidak diurus tadbir dengan sempurna.

“Sebagai contoh pemain B-23 kita sekarang berada dalam skuad utama negeri dan menjadi tonggak pasukan.

“Ini bererti kita mempunyai ramai pemain pelapis untuk menjadi pengganti pemain sekarang,” katanya.

Choo Seong yang juga bekas pemain Perak pada sekitar tahun 2000 berkata, beberapa program pembangunan telah diwujudkan seperti Piala Dato’ Seri Azim Zabidi bermula 2022.

Katanya, program ‘Grassroots Playday’ melibatkan pelajar sekolah rendah (7-12 tahun) diadakan di Parit, Bagan Serai, Gerik, Beruas, Teluk Intan, Tanjong Malim dan Taiping.

Program itu akan di tamatkan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Sabtu ini.

Menurutnya, 14 pasukan mewakili enam pusat latihan daerah (PLD) serta 8 ‘District Training Centre (DTC) pula terbabit dalam Liga JPN Perak-Perak FC Bawah 17 tahun bagi merebut Piala XOX.

Choo Seong juga mengumumkan mengenai penganjuran Piala Cheetah bagi menggantikan Piala Dato’ Seri Azim Zabidi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya