Penilaian had kifayah baharu Zakat Selangor siap tahun depan - Utusan Malaysia

Penilaian had kifayah baharu Zakat Selangor siap tahun depan

Had kifayah
MD. Yusmizan Yusuf (duduk, kiri) bergambar bersama penerima bantuan LZS dalam Program Bantuan Khas Keperluan Hidup dekat Masjid Jenjarom di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Had kifayah baharu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dijangka siap pada tahun hadapan selepas badan baitulmal itu bersedia membuat penilaian semula bagi menentukan indikator penentuan asnaf.

Ketua Bahagian Agihan LZS, Md. Yusmizan Yusuf berkata, penilaian tersebut dibuat dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kenaikan kos sara hidup yang dipengaruhi kejatuhan nilai ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD).

“Pada masa ini had kifayah semasa di negeri ini berjumlah RM2,990 setiap keluarga yang baharu diumumkan tahun ini. Ia berdasarkan kajian dua tahun lepas.

“Untuk yang terkini kami tengah dalam kajian untuk had kifayah yang baharu sebab di LZS sendiri ia akan disemak  setiap tiga tahun.Peningkatan kos sara hidup dan keadaan ekonomi semasa sedang dalam kajian kami untuk had kifayah baharu,” katanya kepada pemberita pada Program Bantuan Khas Keperluan Hidup, hari ini.

Menerusi program tersebut, beliau menjelaskan LZS mengagihkan RM34.25 juta bagi membantu 68,500 asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh negeri ini.

“Agihan zakat ini merupakan pemberian tambahan kepada bantuan sedia ada yang diterima asnaf bertujuan membantu perbelanjaan isi rumah berikutan kenaikan harga barang, sekali gus meringankan beban terutama dalam penyediaan barangan keperluan harian.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM12,411,500 disalurkan kepada asnaf fakir melibatkan  24,823 penerima dan RM19,619,500 lagi disalurkan kepada 39,239 asnaf miskin, manakala RM2,219,000.00 disalurkan kepada asnaf mualaf seramai 4,438 penerima,”ujarnya.

Tambahnya lagi, setiap ketua keluarga menerima bantuan one-off berjumlah RM500 yang dikreditkan terus ke akaun bank penerima secara berperingkat bermula 1 November  sehingga 10 November ini.

Dalam majlis sama, tiga buah masjid dan surau daerah Kuala Langat turut menerima sumbangan baik pulih serta peralatan masjid dengan jumlah keseluruhan bernilai RM223,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya