Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Terengganu guna kamera badan - Utusan Malaysia

Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Terengganu guna kamera badan

KASEMANI Embong (kanan) memasang kamera badan pada vest anggota penguatkuasa pada Operasi Gomo Asap dan Majlis Penyerahan Vest Penguatkuasaan Berkamera di Klinik Kesihatan Rahmat, Setiu, hari ini. -UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melaksanakan penggunaan kamera badan bagi menjamin ketulusan penugasan dan keselamatan pegawai penguatkuasa ketika bertugas di lapangan.

Pengarahnya Datuk Kasemani Embong berkata, sebanyak 23 vest penguatkuasaan berkamera diagihkan ke lapan daerah di negeri ini pada fasa pertama dengan kos bernilai RM1,200 setiap satu kamera. 

Katanya, teknologi itu bakal memberi pembuktian atau bukti balas sewajarnya kepada pegawai penguatkuasaan terhadap pelbagai tuduhan atau tohmahan sepanjang menjalankan operasi penguatkuasaan. 

“Kita merasakan vest berkamera  ini akan membantu pegawai penguatkuasa dari segi aktiviti lapangan, di mana akan ada rakaman video dan gambar yang  direkodkan dan boleh digunakan sebagai bahan bukti kesalahan sebagai sokongan keterangan selain menjaga keselamatan dan integriti anggota penguatkuasa. 

“Seperti yang sedia maklum setiap kali operasi akan ada berlaku provokasi oleh pihak-pihak berkenaan dan apabila adanya vest berkamera ini perkara seperti itu dapat dirakam sebagai bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Operasi Gomo Asap dan Majlis Penyerahan Vest Penguatkuasaan Berkamera peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT)  di Klinik Kesihatan Rahmat ,di sin,i hari ini. 

Jelasnya jumlah vest berkamera itu akan diperluaskan dipertingkatkan jumlahnya secara berperingkat pada masa hadapan. 

Sementara itu, Kasemani berkata, JKNT juga telah melakukan pemeriksaan terhadap 23,989 premis melalui 1,170 operasi sepanjang tempoh Januari hingga November tahun ini. 

Daripada pemeriksaan itu, katanya, sebanyak 6,266 notis kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah dikeluarkan dengan tawaran kompaun bernilai RM2,559,800.

“Jumlah itu meningkat sebanyak 13.8 peratus dari tahun sebelumnya iaitu 5,505 notis melibatkan nilai tawaran kompaun bernilai RM2,396,250.

“Peningkatan statistik ini adalah hasil daripada pelaksanaan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak JKNT serta melalui aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung kesalahan merokok ditempat karangan atau penjualan barangan tembakau itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya