Penganggur rogol adik tiri direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Penganggur rogol adik tiri direman tujuh hari

PENGANGGUR (kiri) yang dipercayai merogol adik tirinya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang penganggur ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan, selepas disyaki merogol adik tirinya yang berusia 14 tahun. 

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjaya diberkas semalam, susulan seorang remaja berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol abang tiri dan bapanya yang berusia 56 tahun, kira-kira dua bulan lalu. 

“Perbuatan terkutuk dua individu tersebut terbongkar selepas remaja perempuan itu mengadu kepada ibu saudaranya.

“Remaja ini mendakwa dia dirogol secara berasingan oleh kedua-dua individu itu dan 

hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa,” katanya. 

Hanyan berkata, pemeriksaan urin terhadap suspek mendapati dia negatif dadah. 

Menurutnya, polis kini sedang giat mengesan bapanya yang merupakan seorang peniaga kuih di Chukai.

“Kita percaya bapa remaja ini cuba menyembunyikan diri selepas mendapat tahu anaknya membuat laporan polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya