Pengakap sasar capai 500,000 ahli menjelang 2025 - Utusan Malaysia

Pengakap sasar capai 500,000 ahli menjelang 2025

JOHARI Abdul (kiri) menyampaikan cenderamata kepada pemimpin pengakap dari negara Asean yang menghadiri The 18th Asean Scout Association for Regional Cooperation (ASARC) Meeting di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mensasarkan jumlah keahliannya meningkat kepada 500,000 orang menjelang 2025.

Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul berkata, setakat ini, jumlah keahlian PPM adalah kira-kira 300,000 orang dan pihaknya menyusun pelbagai strategi dan perancangan bagi memastikan sasaran 500,000 ahli itu dapat dicapai.

“Sasaran keahlian PPM bermula di sekolah rendah seterusnya sekolah menengah dan terbaharu dengan usaha kerajaan menghidupan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun depan.

“Elemen pengakap serta badan-badan uniform lain juga akan lebih diperkenalkan di dalam PLKN, ini akan menarik minat golongan muda menyertai pengakap,” katanya di sini hari ini.

JOHARI Abdul (tengah) bersama pemimpin pengakap dari negara Asean yang menghadiri The 18th Asean Scout Association for Regional Cooperation (ASARC) Meeting di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Johari yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat ditemui selepas merasmikan Mesyuarat The 18th ASEAN Scout Associations for Regional Cooperation (ASARC).

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Pengakap Negara, Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin; Pengarah Serantau Asia Pasifik, Jose Rizal Pangilinan dan Pengerusi ASARC, Dr. Somboon Bunyasari.

Dalam pada itu, Mohd. Zin ketika berucap dalam majlis tersebut berkata, mesyuarat yang dijalankan itu bertujuan memantapkan dasar dan hala tuju ASARC selaras dengan aspirasi dan cita-cita yang termaktub dalam Piagam ASEAN.

”Ia selari dengan usaha membangun dan melatih generasi muda dalam aspek pembangunan sahsiah, intelektual, jasmani, emosi dan spiritual dengan memberi keutamaan memahami budaya dan adat resam negara anggota.

“Ia juga dapat mengukuhkan jalinan dan hubungan kerjasama dan kesepakatan serantau sekali gus meningkatkan serta menyelaraskan program-program latihan dan pembangunan modal Insan antara ahli-ahli pengakap dalam rantau ASEAN,” katanya.

Tambahnya, dasar pembentukan ASARC adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan kesepakatan sepertimana yang termaktub dalam piagam ASEAN (2007): One Vision, One Identity, and One Caring and Sharing Community.

”Kesepakatan ini juga melambangkan kesepaduan negara-negara yang mempunyai jumlah keahlian berdaftar pengakap terbesar di dunia iaitu seramai 28,847,915 ahli daripada 55 juta ahli yang berdaftar di World Organisation of the Scout Movement (WOSM).

“Penglibatan dan kerjasama yang aktif antara negara anggota dengan menggunakan pendekatan yang tersendiri telah melahirkan hubungan yang lebih erat sesuai dengan budaya dan resam serantau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya