\Penduduk Pantai Sabak siap sedia berdepan fenomena air pasang

Penduduk Pantai Sabak siap sedia berdepan fenomena air pasang

MOHD. Rosdi Ibrahim menunjukkan kesan paras air pasang yang masuk ke dalam kedai makannya pada Disember tahun lalu di Kampung Dasar Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penduduk di pesisir Pantai Sabak, di sini sudah bersiap sedia berdepan fenomena air pasang sepanjang musim tengkujuh yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang peniaga, Mohd. Rosdi Ibrahim, 52, berkata, semua barangan kelengkapan rumah terutama yang berada di bahagian dapur sudah dipindahkan ke tempat lebih selamat sebagai langkah persediaan awal.

Katanya, usaha itu bagi mengelak berdepan masalah kerana kebiasaan air pasang berlaku antara pukul 8 malam hingga 6 pagi.

“Fenomena ini biasanya berlaku antara lima hingga tujuh hari bergantung kepada keadaan cuaca.

“Biasa paras air laut yang masuk ke bahagian dapur antara 0.2 hingga 0.3 meter yang kemudian surut keesokannya,” katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Dasar Sabak, di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Fadila Ismail, 49, berkata, walaupun sudah lali, dia dan keluarga sentiasa berwaspada dengan fenomena itu.

Katanya, lazimnya dia dan keluarga ‘berjaga’ pada waktu malam untuk berdepan sebarang kemungkinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya