Penampilan khas Lah Ahmad pada konsert Aina Abdul Sabtu depan - Utusan Malaysia

Penampilan khas Lah Ahmad pada konsert Aina Abdul Sabtu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teka teki terjawab apabila penyanyi, Lah Ahmad diumumkan sebagai jemputan istimewa yang bakal menjayakan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 pada minggu hadapan.

Pengumuman itu dibuat Aina menerusi satu hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

“Dari pertama kali Aina dipanggil untuk bekerjasama dengan figura ini, hati Aina senang kerana vibe nya yang very welcoming dan chill. 

“Alhamdulillah @lah_ahmad will be joining A Night With Aina Abdul 3.0 next week!,” kongsinya.

Aina dan Lah sebelum ini pernah digandingkan menerusi lagu Tunggu Kamu yang diterbitkan sekitar dua tahun lepas.

Pengumuman tersebut rata-rata menerima respons positif peminat yang saban tahun menantikan dua penyanyi ini disatukan atas satu pentas.

“Allahu, terima kasih Aina jemput Lah Ahmad. Suka, suka, suka,” tulis salah seorang pengikut Aina di Instagram.

Dalam masa yang sama, peminat juga mengharapkan agar penyanyi lagu Terus Hidup itu mengundang Khai Bahar pada konsertnya nanti.

“Please nak @khaibahar94 juga aina,” luah peminat.

A Night With Aina Abdul 3.0 bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya