Pemerdagangan manusia: Kerajaan dirayu bawa pulang segera

Pemerdagangan manusia: Kerajaan dirayu bawa pulang segera rakyat Malaysia

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menangani isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar berikutan masalah kewangan yang dihadapi mereka untuk membayar kos pulang ke tanah air.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kerajaan menerusi kementerian berkaitan perlu bekerjasama dengan Wisma Putra bagi membantu proses berkenaan.

Katanya, kedua-dua pihak itu boleh bekerjasama dengan menyediakan penerbangan secara bersewa untuk memudahkan proses kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air. 

“Dengan koordinasi di antara Wisma Putra dan Kementerian Pengangkutan kemungkinan urusan membawa pulang mangsa pemerdagangan manusia dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa rakyat Malaysia yang terkandas akibat ketegangan konflik politik di Myanmar perlu membayar RM5,000 sebagai kos penghantaran pulang mereka ke tanah air.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, pihaknya hanya mampu menyuarakan keluhan keluarga mangsa yang tidak mampu menampung kos sebanyak RM5,000 kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh mereka.

Katanya, kos tersebut perlu dinilai semula supaya dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh mangsa dan keluarga atau.

“Yang saya boleh lakukan adalah suarakan rungutan daripada keluarga mangsa terhadap kos RM5,000 yang perlu mereka cari kerana mereka berada dalam tahap ekonomi yang tidak baik.

“Mungkin perlu dinilai semula kos tersebut agar kadar RM5,000 dapat dikurangkan atau dapatkan sumbangan daripada mana-mana korporat dan entiti untuk mengurangkan beban mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya