Pembunuhan di Gaza satu New World Order - Tun M

Pembunuhan di Gaza satu New World Order – Tun M

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan, pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza sebagai satu Aturan Dunia Baharu atau New World Order yang disusun menurut Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. 

Bekas Perdana Menteri berkata, semua dapat melihat tindakan yang dilakukan Israel itu tanpa sebarang jenis penentangan oleh rakyat Palestin. 

“Kita tidak melihat tentera Palestin melawan penceroboh Israel. Yang kita lihat hanyalah tentera Israel, bersenjata lengkap, membunuh dan mencederakan rakyat Palestin yang tidak bersenjata. 

“Kita melihat kanak-kanak dibunuh. Kita melihat bayi kekurangan oksigen dan mati. Kita melihat hospital terpaksa berpindah. Bandar Gaza dihancurkan ke tanah dengan jelas menguburkan rakyat Palestin.

“Ia bukan peperangan. Ia adalah pembunuhan beramai-ramai. Ia adalah pembersihan etnik. Ia adalah genosid. Tetapi dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana Kerajaan Amerika dan Eropah dengan jelas bersetuju dengan apa yang Israel lakukan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Justeru, Mahathir berkata, orang Eropah dan Amerika adalah yang bersalah atas pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku kerana mereka dengan jelas bersetuju dengan tindakan itu. 

Media sebelum ini melaporkan, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel secara berterusan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu sudah mencecah 13,000 orang. 

Selain itu, lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita antara mangsa yang maut dengan kira-kira 30,000 penduduk lagi dilaporkan cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya