Pembunuh pelajar sekolah bebas hukuman penjara

Pembunuh pelajar sekolah bebas hukuman penjara

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan semalam mengurangkan hukuman penjara hayat seorang lelaki kepada maksimum 40 tahun penjara di atas kesalahan membunuh seorang pelajar sekolah perempuan sebelum melakukan seks dengan mayat dalam satu kejadian berlaku pada 30 tahun lalu.

Tiga panel hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Zabariah Yusof memerintahkan tempoh hukuman penjara John Nyumbei bermula pada 18 Mac 1993 iaitu tarikh pesalah ditahan.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), peguam Nyumbei, Joshua Baru Bian memaklumkan lelaki berusia 57 tahun itu telah dibebaskan semalam dengan mengambil kira satu pertiga hukuman telah dijalani pesalah.

Sebelum ini, Nyumbei memfailkan permohonan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) terhadap hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

Pada asalnya, lelaki itu dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 4 April 1997 sebelum Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman sama, namun ditukar kepada penjara sepanjang hayat oleh Lembaga Pengampunan pada 15 Februari 2016.

Pada prosiding semakan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memohon Nyumbei dikenakan hukuman maksimum dengan mengambil kira keseriusan kesalahan berkenaan dan kepentingan awam dan juga impak kesalahannya terhadap ahli keluarga mangsa.

Mengikut fakta kes, Nyumbei didapati membunuh Jong Liu Chin, 18, di Sebuku, Bau, Sarawak antara pukul 5.30 pagi dan 7 pagi, pada 16 Mac 1993.

Bertindak atas maklumat diterima, anggota polis menemui mayat tanpa kepala dengan pakaian seragam sekolah biru, dengan masih menyemat tanda nama.

Dia kemudian ditahan pada 18 Mac tahun sama dan kemudian membawa kepada penemuan sebilah pisau.

Siasatan lanjut membawa kepada penemuan tengkorak manusia yang kemudian disahkan oleh seorang pakar forensik dan antropologi fizikal Universiti Tokyo, Masatsugu Hashimoto, sebagai tengkorak si mati.

Ketika bicara, pakar patologi forensik, Dr Sardar Jehan, memberi keterangan bahawa beliau menemukan keterangan berlaku hubungan seksual berdasarkan keberadaan sperma dalam kuantiti yang banyak.

Tertuduh gagal meyakinkan mahkamah bahawa dia dalam keadaan tidak waras ketika kesalahan dilakukan dan mengaku membunuh pelajar itu dan kemudian membuat hubungan seks dengan mayat.

Dia juga mengaku memenggal kepala si mati dan membawa ia bersamanya sebelum disiat kulit daripada kepala dan melemparkannya ke dalam hutan di Kampung Opar, Bau. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN