Pembunuh Along Spoon terlepas penjara sepanjang hayat

Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat

PEMBUNUH Along Spoon dibebaskan hari ini.- FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembunuh penyanyi terkenal era 90-an, Allahyarham Along Spoon terlepas daripada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.

Mohd. Ya’cob Demyati, 57, sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Keputusan dicapai oleh Mahkamah Persekutuan pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Datuk Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan permohonan semakan ke atasnya.

Pada prosiding itu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman kepada Mohd. Ya’cob Demyati, 57, atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenar Sabi’ul Malik Shafie, yang terkenal menerusi lagu Rindu Serindu-Rindunya itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.

Bagaimanapun, Mohd. Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

Pada 10 April 2002, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati dia bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan itu.

Mohd. Ya’cob antara 12 daripada 13 banduan terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas manakala banduan lain turut dikenakan hukuman 12 sebatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN