Pembangkang tidak teruskan rundingan peruntukan

Pembangkang tidak teruskan rundingan peruntukan

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen pembangkang bakal menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan untuk kawasan mereka dengan Timbalan Perdana Menteri Kedua, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau telah bertemu sebanyak dua kali dengan Timbalan Perdana Menteri Kedua itu yang diberi mandat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai peruntukan kawasan masing-masing.

“Apa yang diminta Fadillah adalah mahukan pembangkang menulis surat kepada mereka beri jaminan tertentu dan tandatangan memorandum persefahaman (MoU), dan setelah kami bincang itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kami bincang ini tidak sepatutnya berlaku kerana semasa kerajaan dulu di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang tandatangan MoU disediakan, tidak ada masalah apapun jadi kenapa pula kita perlu hantar surat untuk memohon dan beri akur janji?” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PN di sini , hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga tidak akan meneruskan rundingan atau permohonan mendapatkan peruntukan dengan kerajaan berikutan peruntukan tersebut telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya