Pemandu bas wanita lapor polis isu video tular

Pemandu bas wanita lapor polis isu video tular

Laporan polis pemandu bas wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pemandu syarikat bas ekspres yang dikatakan sudah dipecat susulan video tular didakwa berkelakuan tidak senonoh semasa mengendali bas tampil buat laporan polis.

Menurut satu perkongsian di aplikasi TikTok milik Iera Saila, rakan kepada pemandu bas wanita tersebut menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa.

Laporan tersebut ditujukan kepada pemilik video TikTok, Iffah Danishaa dan seorang pengguna aplikasi X, Nan Manjoi8715 yang berkongsi video berkenaan di platform media tersebut.

Katanya, laporan itu sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk penyebar kerana hantaran video yang menyebabkan fitnah berleluasa.

“Disebabkan hantaran awak, fitnah berleluasa terus. Ramai-ramai buat dosa, sanggup ke awak tanggung dosa fitnah berantai ni?

“Tidak mengapa lah, benda pun sudah dimuatnaik. Terimalah…,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Iera Saila berkata, segala bukti sudah disimpan untuk mengeluarkan saman terhadap pemilik video itu.

“Bukti semua dah siap-siap simpan. Tak tahulah, harap Allah tidak cabut ajal awak sebelum awak minta maaf.

“Baca baik-baik. Buat dosa memang seronok awak, rasa puas tapi nak tanggung akibatnya memang perit. Kelak awak akan tahu, semoga Allah maafkan kesilapan awak. Amin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya