Pemandu bas bercumbuan: Video tular hanya fitnah

Pemandu bas bercumbuan: Video tular hanya fitnah, saya dan suami saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Video yang baru-baru ini tular mengatakan pemandu bas wanita sebuah syarikat bas ekspres berkelakuan tidak sepatutnya bersama rakan kerja lelaki ketika sedang mengendali bas dari perjalanan Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur adalah fitnah semata.

Menurut perkongsian di aplikasi X, saksi yang juga penumpang bas tersebut bersama suaminya tampil untuk menceritakan kebenaran.

Melalui penulisannya, @anisjey berkata, pemandu lelaki berkenaan sedang membaiki kotak radio yang terletak di belakang kerusi pemandu di mana dia dan suami menjadi penumpang yang duduk di situ.

Katanya, jarak kedudukan kerusi yang diduduki oleh dia dan suami lebih dekat berbanding penumpang wanita yang menularkan video mendakwa pemandu melakukan perkara tidak senonoh ketika mengendali bas.

“Kalau aku tahu kau jenis macam ini, memang aku dah tangkap gambar kau awal-awal viralkan, memalukanlah.

“Lagipun pemandu wanita ini baru dan sambilan. Perjalanan dia sebenar lalu Perak. Dia tak mahir jalan Johor,” katanya di ruangan komen.

@anisjey berkata, pemandu bas tersebut juga ada memberitahu sebab kepada kelewatan ketibaan bas yang berpunca dari kesesakan lalu lintas dari arah TBS ke Larkin selain perjalanan bas ulang-alik tanpa henti.

“Kesian. Dengan hujan lebat lagi dan kami percaya sebab masa perjalanan ke TBS, memang sesak tak putus-putus arah bertentangan,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna yang turut terpedaya dengan video tular sebelumnya tampil meninggalkan komen.

“Nasib awak komen dan saya baca, kalau tidak saya pun tergolong dalam orang yang memfitnah,” tulis @round_label.

“Terima kasih kongsi cerita yang betul kak, saya pun pelik juga tadi tak mungkin mereka nak buat benda tak senonoh di depan, orang dalam bas pula tu,” komen @aaadibbb27. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya