Peluang terakhir Tze Yong buru tiket ke Hangzhou

Peluang terakhir Tze Yong buru tiket ke Hangzhou

NG Tze Yong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mempunyai tugasan mencabar untuk memburu penampilan sulung di Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan berlangsung di Hangzhou, China pada 13 Disember ini.

Syaratnya, Tze Yong perlu mara sekurang-kurangnya sehingga ke final Kejohanan Masters China yang membuka tirai hari ini, sambil berharap pencabar dari Denmark, Anders Antonsen tersingkir di peringkat suku akhir.

Sebelum dia boleh mencongak untuk melangkah lebih jauh, Tze Yong perlu menumbangkan abang segurunya, Lee Zii Jia di pusingan pertama. Kedua-dua pemain ini baru sahaja berentap di final Terbuka Artik, Finland bulan lalu yang memihak kepada Zii Jia.

Bagi Hendrawan, dia tidak meletakkan harapan tinggi buat Tze Yong melakar kejutan sebegitu, namun tetap mahukan anak buahnya melangkah sejauh mungkin kerana mata ranking dunia dan Sukan Olimpik masih menjadi rebutan.

“Di Terbuka Hylo tempohari, ia langsung tiada dalam perancangan kita untuk menyertainya. Ketika di Terbuka Perancis, dia berjaya masuk sehingga separuh akhir, jadi sebab itu kami memasukkan namanya untuk menyertai Terbuka Hylo bagi kejar kelayakkan untuk ke Kejohanan Akhir Jelajah Dunia.

“Hakikatnya, ketika Tze Yong layak ke suku akhir Terbuka Perancis pun kami belum membuat sebarang keputusan lagi, namun selepas berbincang, Tze Yong kekurangan satu perlawanan untuk ke separuh akhir, ditambah Kunlavut (Vitidsarn) menarik diri, tetapi melihatkan keadaan sekarang, saya rasa ia akan menjadi lebih susah.

“Kalau dia masuk separuh akhir atau akhir (Kejohanan Akhir Dunia BWF), kemungkinan itu ada, kalau tidak, maka tiadalah kelibatnya di kejohanan itu,” jelas Hendrawan.

Hanya lapan pemain/beregu terbaik sahaja yang akan layak ke kejohanan terakhir dalam kalendar BWF musim ini.

Biarpun Tze Yong kini menghuni tangga kelapan ranking Kejohanan Akhir Dunia BWF, namun kedudukan itu masih belum selamat, kerana Vitidsarn yang berada di belakang akan layak ke kejohanan tersebut di atas tiket juara dunia 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya