Peluang Pearly-Thinaah ke Hangzhou sudah tertutup

Peluang Pearly-Thinaah ke Hangzhou sudah tertutup

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah bangkit mengatasi gandingan Taiwan, Nicole Chan-Lin Chih Chun untuk mara ke suku akhir Terbuka Korea Selatan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih beregu campuran negara, Hoon Thien How tidak terkilan biarpun langkah anak buahnya, Pearly Tan-M. Thinaah di Kejohanan Masters Kumamoto, Jepun berakhir di peringkat suku akhir sahaja.

Thien How mengingatkan bahawa ini merupakan aksi pertama Pearly yang kembali semula beraksi secara kompetitif di peringkat antarabangsa selepas terpaksa berehat gara-gara mengalami kecederaan belakang.

Pearly-Thinaah yang kini berada di kedudukan 13 dunia terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto selepas tumpas dengan keputusan 13-21, 18-21.

Biarpun gagal melangkah jauh, ia tetap aksi yang terpuji dipamerkan pasangan negara ini, memandangkan dua kejohanan sebelum ini di Terbuka Denmark dan Perancis, mereka sudah ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan sejak pusingan pertama.

“Bagi saya, mereka berdua sudah menampilkan aksi cukup baik sepanjang kejohanan di Kumamoto ini. Kadang-kadang fikiran mereka ada sedikit terganggu kerana terlalu banyak perancangan.

“Bila fikir terlalu banyak mengenai apa yang mahu dibuat, ia menyebabkan mereka berdua agak kabur dengan tindakan di atas gelanggang, jadi ia beri peluang kepada pemain lawan untuk menyerang,” jelas Thien How.

Dalam masa yang sama, Thien How mengakui peluang untuk Pearly dan Thinaah layak ke Kejohanan Akhir Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung di Hangzhou, China 13 Disember sudah tertutup rapat.

Berdasarkan kedudukan mereka dalam ranking itu, Pearly dan Thinaah jauh berada di tangga ke 16, dan hanya lapan pasangan/pemain terbaik sahaja layak beraksi di saingan tersebut.

Pearly dan Thinaah layak beraksi di kejohanan itu pada tahun lalu, namun aksi mereka tidak bertahan lama apabila tersekat di peringkat kumpulan.

“Kalau nak cakap pasal kecederaan Pearly, apa yang saya lihat dia belum pulih 100 peratus seperti biasa. Mungkin perlukan sedikit masa lagi untuk dia dapatkan semula rentak permainan dahulu.

“Selain itu, saya tidak fikir mereka berdua masih ada peluang untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir nanti kerana sudah banyak tarik diri daripada kejohanan sebelum ini,” tambah Thien How. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya