Peluang Malaysia sukar selepas alami dua kekalahan - Utusan Malaysia

Peluang Malaysia sukar selepas alami dua kekalahan

PEMAIN Malaysia, Iren Hussain (kiri) cuba melepas halangan pemain Namibia, Kruger Jivanka pada kejohanan hoki Jemputan Antarabangsa Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Peluang pasukan wanita negara dalam kejohanan hoki Jemputan Antarabangsa Piala Tuanku Zara sukar selepas mengalami dua kekalahan pada hari pertama saingan di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Selepas tunduk 2-3 kepada Afrika Selatan pada sebelah pagi, pasukan kebangaan kecundang 1-4 kepada Namibia pada aksi sebelah petang.

Aksi terpuji ketika menyaingi Afrika Selatan malangnya gagal diulangi ketika menentang Nabimia.

Pada perlawanan itu, anak buah, Mohd Osman melakukan banyak kesilapan untuk membolehkan Nabimia mendahului 2-0 pada separuh pertama.

Sunelle Ludwig menghukum kealpaan benteng Malaysia pada minit ke-15.

Lima minit kemudian Namibia menambah jaringan melalui pukulan penalti strok, Azaylee Philander.

Namibia, yang menduduki ranking ke-10 dunia nyata terlalu gagah buat Malaysia apabila berjaya menambah dua gol melalui Azaylee pada minit ke-30 dan minit ke-31.

Malaysia bangkit pada suku empat permainan dan berjaya merapatkan jurang melalui Iren Hussin pada minit ke-33.

Bagaimanapun beberapa peluang diperoleh dalam baki tujuh minit termasuk penalti strok gagal dimanfaatkan Malaysia.

Terdahulu, Malaysia memberi aksi terpuji ketika menentang Afrika Selatan walaupun tumpas tipis dalam perlawanan sebelah pagi.

Walaupun membariskan enam mula baru, pasukan ranking ketujuh itu nyata terlalu handal buat Malaysia.

Afrika mendahului 2-0 pada babak pertama melalui jaringan Malikah Hamza dan Garbiella Terblanche pada minit ke-10 dan ke-13.

Malaysia merapatkan jurang melalui penalti stroke Iren Hussin pada minit ke-26 tetapi Tegan Fourie melebarkan kedudukan menjadi 3-1 seminit kemudian.

Selepas itu menyaksikan drama kebangkitan pasukan tuan rumah tetapi segala usaha mereka hanya berjaya merapatkan jurang 3-2 melalui Nor Isahhidun pada minit akhir perlawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya