Pelan Liberalisasi Visa diteruskan, jayakan Tahun Melawat Malaysia

Pelan Liberalisasi Visa diteruskan, jayakan Tahun Melawat Malaysia – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan terus melaksanakan Pelan Liberalisasi Visa melibatkan peranan semua kementerian dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Mengenai Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara, semalam. 

Mesyuarat ini adalah susulan dengan pengumuman VM2026, yang mana fokus akan diberikan kepada pelancongan lestari yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

“Hasil keputusan mesyuarat ini akan dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi,  Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi. 

Justeru, Anwar berharap sektor pelancongan negara terus cemerlang pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya