Pelakon senior tergamak jaja cerita anak sakit mengemis duit orang - Utusan Malaysia

Pelakon senior tergamak jaja cerita anak sakit mengemis duit orang

Sick Child Lying In Bed At Home Bedroom, Father Character Sitting Next To Daughter With Cold Fever, Kid Disease, Flu, Illness Concept with Dad and Girl, Cartoon People Vector Illustration
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK sangka juga Cik Bunga bila dapat tahu mengenai perangai seorang pelakon lelaki senior ini. Dah lama juga tak nampak dia berlakon di kaca televisyen, tapi kalau ada pun, kemungkinan itu adalah drama atau telefilem siaran ulangan.

Tapi, kekurangan ‘job’ bagi Cik Bunga bukan satu tiket untuk pelakon lelaki ini meneruskan kelangsungan hidup dengan cara mengemis duit orang.

Ya, zaman sekarang tak perlu berpakaian compang-camping, duduk di tepi kaki lima atau di bawah jambatan sambil menadah tangan meminta duit orang.

Secanggih peredaran zaman, nak ‘minta sedekah’ pun boleh menggunakan teknologi. Hanya mesej sahaja di telefon sesiapa yang disasarkan sebagai mangsa, jual cerita sedih sedikit sebanyak, untung nasib kalau mangsa percaya, mungkin boleh dapat duit dengan mudah. Itulah yang berlaku.

Paling Cik Bunga naik darah, pelakon lelaki yang pernah berkahwin dengan seorang penyanyi dangdut popular tanah air ini turut tergamak menjaja cerita kononnya anaknya sakit dan perlukan bantuan.

Daripada makluman yang Cik Bunga terima, ada seorang ahli perniagaan berstatus Datuk ini mengadu kerap menerima mesej daripada pelakon terbabit dan meminta bantuan kewangan daripadanya atas alasan anaknya sedang sakit dan bisnes kecil-kecilannya tak berjalan lancar ekoran masalah cuaca dan sebagainya. Te

rmakan dengan kisah sedih pelakon itu, Datuk terbabit bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan.

Tak cuma seratus dua, beribu juga. Dah dapat duit, Datuk itu terkejut juga kerana pelakon itu masih meminta wang daripadanya buat kali kedua.

Tetapi, menurut individu itu, dia dimaklumkan oleh beberapa kenalan bahawa pelakon itu juga ada mengemis wang dengan beberapa orang lain, dengan hantaran mesej yang sama. Jaja cerita anak sakit dan bisnes kecilan merudum.

“Ini bukan masalah duit, tetapi betapa hinanya dia menggunakan anak sebagai modal untuk mengemis duit orang,”kata sumber.

Individu itu ada bertanya dengan pihak yayasan artis. Mengejutkan kerana menurut yayasan, artis itu ada menerima bantuan kewangan.

Cik Bunga harap pelakon itu berhentilah berkelakuan begini. Selagi ada kudrat, carilah kerja yang halal, bukan dengan cara menipu orang dan mahu ‘easy money’.

Malulah kalau esokesok anak itu sudah besar dan tahu bapanya tergamak jaja kisah anak sakit. Mana nak letak muka?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya