Pelajar madrasah cedera dirotan paip PVC 

Pelajar madrasah cedera dirotan paip PVC 

KESAN kecederaan yang dihadapi oleh mangsa akibat dirotan oleh guru ketika belajar di madrasah pada 11 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang pelajar madrasah dirotan dengan batang paip polivinil klorida (PVC) hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman, berkata, pada 11 November lalu, pukul 9.24 malam, seorang wanita yang juga merupakan pengusaha taska telah mengadu anak angkatnya yang belajar di sebuah madrasah  telah dirotan.

“Wanita tersebut telah datang ke madrasah itu secara mengejut untuk mengambil anak angkatnya untuk dibawa keluar makan.”

“Setibanya di kedai makan, anak angkatnya itu mengadu rasa sakit apabila duduk, setelah diperiksa badannya, wanita itu terkejut melihat kesan lebam dan terus datang ke Balai Polis untuk membuat laporan polis,” kata Abdull Razak.

Menurutnya, pada keesokan harinya pada pukul lebih kurang 10.38 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, membuat tangkapan  seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di madrasah tersebut.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak warganegara Indonesia berumur lapan tahun telah dirotan oleh saspek.

“Saspek menggunakan satu batang paip jenis PVC hingga mengakibatkan mangsa mengalami kesan lebam dan bengkak.”

“Pemeriksaan oleh pakar perubatan mengesahkan bahawa mangsa telah mengalami ‘soft tissues injuries’.”

“Saspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 16 November dan telah dijamin oleh seorang penjamin dan saspek diwakili peguambela,” kata Abdull Razak.

Katanya lagi, kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Kedah dan saspek akan dituduh dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Abdull Razak juga menasihati orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang kes jenayah yang berlaku dalam mencegah pelakuan jenayah demi keamanan semua pihak. 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi sebarang maklumat sehingga boleh mengaibkan mangsa dan keluarga dan diingatkan untuk tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya