Pekerja pemungut sampah didakwa rogol, amang seksual anak perempuan - Utusan Malaysia

Pekerja pemungut sampah didakwa rogol, amang seksual anak perempuan

PEKERJA pemungut sampah yang didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap anaknya  dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman,di Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR  IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pekerja pemungut sampah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 13 tahun di daerah ini pada hujung September lalu,. 

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah rumah di Chukai, di sini, kira-kira pukul 8 pagi, pada 29 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada hari, masa dan tempat yang sama, didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memaksa kanak-kanak itu menghisap alat sulitnya. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. 

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya