Pekerja pembersihan laku perbuatan lucah direman empat hari - Utusan Malaysia

Pekerja pembersihan laku perbuatan lucah direman empat hari

PEKERJA pembersihan yang disyaki melakukan perbuatan lucah terhadap seorang pegawai perubatan wanita dibawa di Mahkamah Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pekerja pembersihan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis, selepas disyaki melakukan perbuatan lucah terhadap seorang pegawai perubatan wanita, di daerah ini, pada Rabu lepas. 

Perintah reman ke atas suspek berusia 20 tahun tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut  Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan sejurus laporan polis dibuat wanita tersebut di Balai Polis Chukai, semalam. 

“Mangsa mendakwa, ketika dia sedang berehat di surau hospital tersebut, secara tiba-tiba suspek mendatangi mangsa dan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya. 

“Kejadian itu menyebabkan mangsa ketakutan dan trauma,” katanya. 

Hanyan berkata, lelak itu berjaya ditahan semalam dan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya