PDRM tidak kompromi pegawai, anggota terlibat kes salah laku

PDRM tidak kompromi pegawai, anggota terlibat kes salah laku -KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat dengan kes jenayah dan salah laku.

Itu penegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika ditanya berkaitan dua dakwaan terhadap beberapa pegawai dan anggota polis yang bertugas di Kontinjen Selangor dan Kuala Lumpur. 

“Melihatkan isu ini, kita tidak akan kompromi terhadap mana-mana anggota sekiranya terlibat dengan kes dadah, jenayah atau salah laku,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya melalui Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan enam individu termasuk tiga penjawat awam berkaitan kes pemerasan dan kurungan salah melibatkan seorang warga asing pada Jumaat lalu.

Ini susulan laporan diterima pihaknya daripada anak saudara mangsa yang mendakwa bapa saudaranya meminta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang.

“Pengadu kemudian menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarangnya membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (KK) kerana cuba melakukan pemerasan dan Seksyen 342 KK kerana kurungan salah,” katanya.

Selain itu, media Ahad lalu turut melaporkan seorang pegawai dan enam anggota polis yang dipercayai bertugas di sebuah IPD di Selangor ditahan selepas didakwa mencuri barangan milik seorang lelaki, kelmarin.

Lelaki berusia 40 tahun berkenaan yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Selayang, Selangor yang tinggal di Ayer Hitam, Pulau Pinang sebelum itu ditahan polis pada 27 Oktober lalu.

Menurut sumber, pihak polis kemudian merampas barangan miliknya dan direman sehingga 3 November lalu.

“Sebaik dibebaskan, mangsa yang pulang ke rumah mendapati barangan elektrik dan barangan lain hilang disyaki dicuri pasukan polis yang melakukan serbuan itu.

“Dia kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya