PDRM sedia siasat dakwaan Sirul

PDRM sedia siasat dakwaan Sirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang mendakwa dia dijadikan ‘kambing hitam’ dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada seseorang bagi menutup mulut berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Sirul melalui peguamnya boleh tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan itu dilakukan.

Tegas beliau, kenyataan yang dikeluarkan Sirul itu sama sekali tidak adik kepada pihak Malaysia memandangkan dia telah pun melalui proses perbicaraan menerusi tiga peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Menerusi peluang tersebut, beliau melalui peguamnya sama sekali tidak menyatakan mengenai apa-apa keterangan yang dibangkitkan mengenai isu pemberian wang itu.

“Malah, suspek kedua iaitu bekas anggota polis, Azilah Hadri juga tidak menyatakan perkara itu di mana-mana mahkamah. Jika ini berlaku, dia perlu buat laporan bagi kita (polis) menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Sirul yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 merayu untuk meneruskan hidup di Australia kerana merasa tidak selamat untuk kembali ke Malaysia.

Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East yang disiarkan pada Jumaat, dia turut memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya, malah mendakwa tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu meskipun telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.

Dakwanya, dia dijadikan ‘kambing hitam’ dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada seseorang bagi menutup mulut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya