Pasangan warga emas rayu sumbangan bina rumah

Pasangan warga emas rayu sumbangan bina rumah

PEZAH Ismail menunjukkan keadaan rumahnya yan rosak di Kampung Rajawali, Dungun, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sepasang suami isteri warga emas merayu sumbangan orang ramai untuk membina sebuah tempat tinggal bagi menggantikan rumah mereka yang rosak teruk dan tidak selamat diduduki di Kampung Rajawali, dekat sini.

Pezah Ismail, 68, berkata, dia dan suaminya, Embong Abu Bakar, 78, yang tidak mempunyai anak terpaksa bergadai nyawa tinggal di rumah yang hampir roboh berikutan tidak mampu membaik pulihnya kerana kemiskinan.

Katanya, dia dan suaminya kadangkala terpaksa menjadikan bahagian dapur rumah sebagai tempat berehat dan tidur ketika hujan kerana atap di ruang tamu rumah bocor.

Katanya, lebih memilukan, rumah yang dibina di atas tanah milik orang lain sejak 40 tahun lalu itu perlu diroboh berikutan pemilik tanah mahu mengambil semula tanah mereka.

“Rumah yang mak cik duduk sekarang banyak yang rosak sebab mendapan tanah. Struktur kayu pada lantai dan dinding rumah ada yang dah mulai reput sebab kami tinggal berhampiran sungai dan laut. Kalau musim tengkujuh, air laut pasang besar, kawasan rumah ini memang dipenuhi air.

“Atap pun banyak bocor, kalau hari hujan memang air masuk dalam rumah dan bahagian ruang tamu tidak boleh duduk terus sebab air penuh masuk dalam rumah. Tapi mak cik bersyukur masih ada tempat untuk berlindung daripada hujan dan panas,” katanya ketika ditemui semalam.

Pezah berkata, dia dan suaminya hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, selain mengharapkan ihsan dan bantuan penduduk kampung yang menghulurkan barangan dapur.

Katanya, dia pernah memohon bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun gagal.

“Mak cik harap sangat dapat bantuan bina rumah sebab mak cik ada sebidang tanah, namun tak mampu nak bina sendiri rumah sendiri. Lagipun, pemilik tanah dah suruh mak cik pindah beberapa kali.

“Mak cik tak berharap rumah yang besar, sebab kami hanya berdua. Cukuplah sekadar ada tempat tinggal yang sempurna untuk kami menumpang teduh,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan maklumat di akaun Agro Bank milik Embong Abu Bakar, 2-00-6441-00014771-7 atau menghubungi Pezah di talian 01119488802. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya