Pas istiqamah bersama Bersatu

Pas istiqamah bersama Bersatu

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas tetap teguh dengan pendirian untuk terus bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Perikatan Nasional (PN) meskipun terdapat beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berharap agar ahli Parlimen yang lain terus istiqamah dengan pendirian bersama parti.

“Tindakan seperti ini akan membuka lembaran baharu dan tiada siapa boleh menafikan keabsahan sekiranya ahli Parlimen daripada blok kerajaan pula yang menyatakan sokongan kepada blok pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengisytiharkan mereka menyokong Anwar meskipun berikrar taat setia dan kekal sebagai ahli Bersatu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mula menyatakan sokongan pada 12 Oktober disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, dua minggu kemudian.

Tambah Fadhli, Pas akan terus kekal dan teguh bersama PN serta mendukung mandat rakyat meskipun beberapa Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, apa yang berlaku tidak perlu dijadikan sebab untuk Pas berpisah dengan Bersatu dan menyokong Kerajaan Perpaduan serta Anwar.

Jelasnya, parti juga telah memutuskan pendirian Pas bersama PN dan Bersatu adalah penting bagi kedua-dua pihak jika dilihat prestasi Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya, dalam keadaan rakyat melihat sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dengan prestasi yang ditampilkan, adalah tidak munasabah untuk Pas menyatakan sokongan kepada Anwar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya