PARLIMEN: Sabah tidak boleh import beras sendiri

Parlimen: Sabah tidak boleh import beras sendiri

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan masih belum membenarkan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga makanan itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, larangan itu kerana kerajaan masih yakin dengan dasar pengimportan beras yang sedang dilaksana ketika ini. 

Katanya, dasar itu ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.

“Dasar ini menjadi mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.

“Ini kerana dasar pengimport utama menjadi mekanisme yang berfungsi sebagai benteng untuk melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis [Warisan-Kota Belud] meminta penjelasan jika kerajaan akan membenarkan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga beras melalui pendekatan lebih rapi, berdasarkan landskap sosial serta keunikan geografi.

Mohamad berkata, bagi mengimbangi bekalan dan harga beras dalam konteks Sabah, Labuan dan Sarawak, Mohamad berkata, kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 bagi setiap tan untuk beras putih import (BPI) mulai 5 bulan lalu.

Katanya, harga runcit BPI di kedua-dua negeri itu akan menjadi harga maksimum RM31 bagi 10 kilogram (kg).

“Langkah ini diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad, selain penduduk di kedua-dua negeri dapat menikmati harga BPI pada harga berpatutan.

“Sebarang keputusan mengenai perubahan dasar pengimport utama beras ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan serta jaminan bekalan makanan negara,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya