Parlimen: PLKN 3.0 dilaksana seawal 2025 

Parlimen: PLKN 3.0 dilaksana seawal 2025

MOHAMAD Hasan semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini. - FOTO/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 hanya akan bermula seawal 2025 dan tidak akan dilaksana pada tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan pelaksanaan PLKN 3.0 kini masih dalam proses kajian namun telah diluluskan oleh Kabinet.

“Kemungkinan PLKN (dilaksanakan) pada tahun 2024 tidak ada, tidak dibajetkan (dimasukkan dalam Belanjawan 2024) pun.

“Hendak guna kem (askar) Wataniah (untuk PLKN) kena naik taraf dulu. Kementerian akan bekerjasama dengan pemegang taruh. PLKN (dilaksana kembali) mungkin pada tahun 2025.

“Pelbagai opsyen telah (kerajaan) kaji…sebelum kertas (kajian) diserah kepada Kabinet,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 9 Oktober lalu, Mohamad berkata, keputusan memperkenal semula PLKN yang sebelum ini dimansuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya akan diketahui pada pertengahan tahun 2024.

Mohamad sebelum itu memberitahu, kerajaan bersetuju meneruskan PLKN 3.0 dengan kaedah latihan berbeza yang menyaksikan pelatih menjalani latihan di kem tentera.

Katanya, sebanyak 13 kem tentera Wataniah dengan kapasitinya menampung seramai 20,000 pelatih diguna untuk latihan selama 45 hari – tempoh yang dikurangkan berbanding tiga bulan sebelum ini.

Jelasnya, satu jawatankuasa khas ditubuhkan kementerian untuk mengkaji bagaimana cara menghidupkan semula PLKN dengan acuan baharu.

Pada Julai lalu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adli Abd. Halim berkata, kerajaan belum merancang melaksana semula PLKN kerana terdapat beberapa pelaksanaan lain dapat diguna pakai seperti program Rakan Muda yang diwujudkan sejak tahun 1994 lagi.

PLKN sebelum ini dimansuh semasa pentadbiran kerajaan PH pada 2018 menyaksikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan Menteri Belia dan Sukan ketika itu bertanggungjawab terhadap pemansuhannya.

Selain PLKN, turut dimansuh adalah Biro Tata Negara (BTN) dengan apa yang dianggapnya sebagai wujud unsur doktrin politik.

PLKN 1.0 diasaskan sejak 2004 dan ditambah baik menjadi PLKN 2.0 pada 2016. PLKN 2.0 dilaksana dalam dua fasa melibatkan Program Pembelajaran Bersepadu (ILP) menggunakan lapan modul di 81 kem di seluruh negara dan latihan kemahiran tiga hingga 24 bulan di 400 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Syed Saddiq pada Mei lalu dilaporkan tidak menyesal memansuhkan PLKN, sebaliknya menegaskan tiada keperluan menubuhkannya semula yang dilihat sebagai satu bentuk pembaziran wang dan sebagai alat politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya