PARLIMEN: Penilaian risiko empangan bukan berkait struktur

PARLIMEN: Penilaian risiko empangan bukan berkait struktur

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penilaian risiko sesuatu empangan mengambil kira usia, rekod paras dan simpanan air empangan serta jumlah loji rawatan air (LRA) di kawasan empangan. 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penilaian risiko empangan sebaliknya bukan berkaitan keselamatan struktur empangan itu sendiri. 

“Tanggungjawab untuk memastikan sumber air yang mampan merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pengguna. 

“Saya akan mengadakan lawatan kerja ke Empangan Air Mengkuang di Pulau Pinang pada 8 November ini bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan serta operasi empangan ini. 

“Saya menyeru kerajaan negeri bersama mengambil langkah proaktif dengan mengawal aktiviti guna tanah dan pencemaran dan mengamalkan penjimatan penggunaan air,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Lim Guan Eng [PH-Bagan] tentang Empangan Air Mengkuang yang disenarai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai salah satu daripada tujuh empangan air berisiko tinggi di Malaysia. 

Beliau juga meminta kerajaan menyatakan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi kelemahan dan jika peruntukan akan diberi untuk membantu empangan itu tidak berisiko tinggi dan mampu menjalankan fungsinya. 

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, LRA Sungai Dua mempunyai kapasiti rekabentuk berjumlah 1,228 juta liter sehari (JLH) yang mewakili 77 peratus air di seluruh Pulau Pinang. 

Jelasnya, air dari Empangan Mengkuang merupakan empangan strategik akan dilepaskan apabila kualiti Sungai Muda terjejas akibat banjir atau paras air sungai rendah ketika kemarau. 

“Bagi menjamin kelestarian sumber bekalan air, SPAN telah mengambil inisiatif antaranya penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan seperti Bahagian Bekalan Air (BBA).

“…Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Meteorologi Malaysia, Badan Kawal Selia Air Negeri serta operator empangan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya