Parlimen laksana kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin - Utusan Malaysia

Parlimen laksana kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parlimen melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin sebagai tanda solidariti ahli-ahli Parlimen mulai hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya terpanggil untuk bersama-sama dalam usaha meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari, semakin terhimpit akibat konflik yang sedang melanda dan sebagai sokongan moral kepada mereka.

“Maka, Parlimen Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Parlimen Malaysia bermula hari ini, Khamis 9 November 2023.

“Pelaksanaan ini bertujuan untuk kita sama-sama membantu mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sumbangan ikhlas ini akan disalurkan terus kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

“Tabung-tabung khusus bagi tujuan ini akan ditempatkan di pintu masuk kiri dan kanan dewan sehingga selesai persidangan kita.

“Jadi, setiap kali Yang Berhormat nak masuk, kita akan letakkan tabung,” katanya.

Pelaksanaan kutipan tabung itu turut dipersetujui oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Saya cadangkan kalau boleh Ahli Parlimen semua bagi minimum RM1,000 kalau nak bagi RM10,000 pun boleh tapi minimum RM1,000.

“Kalau RM50 kurang manis, RM1,000 yang terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN