PARLIMEN: Harga tambang mungkin naik jika tetapkan harga lantai e-hailing

PARLIMEN: Harga tambang mungkin naik jika tetapkan harga lantai e-hailing

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak berhasrat mengawal selia tambang e-hailing buat masa ini. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jika harga lantai ditetapkan, tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.

Katanya, penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna.

“Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan danpenawaran menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.

“Justeru, harga tambang juga fleksibel mengikut padanan faktor semasa,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Larry Sng (PBM-Julau) meminta kementerian menjelaskan tindakan susulan dari kerajaan  selepas pertemuan dengan beberapa pengendali syarikat e-hailing yang beroperasi di Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya