Pantau aset siap siaga hadapi banjir - Utusan Malaysia

Pantau aset siap siaga hadapi banjir

H'NG Mooi Lye (kanan) pada sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Robina Ecopark, Butterworth, hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia berdepan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan dengan segala persiapan berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’ng Mooi Lye berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bersiap siaga mendepani sebarang kemungkinan.

Katanya, pemantauan aset dijalankan oleh pasukan khas yang bertanggungjawab memeriksa perangkap sampah dan rumah pam bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memastikan berfungsi dengan baik.

“Perangkap sampah khususnya yang berhampiran kawasan perumahan sentiasa diawasi kerana kita mahu kurangkan risiko banjir kilat.

“Pam bergerak juga dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik kerana kadangkala, ia boleh bermasalah disebabkan sampah yang tersangkut.

“Selain itu, kita ada pasukan pekerja yang bertanggungjawab membersihkan halangan di dalam parit bagi memastikan pengaliran air terutamanya di kawasan berisiko banjir lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Robina Ecopark, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya bekerja rapat bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang bertindak sebagai mata dan telinga bagi kawasan setempat.

“Kita jangkakan respon awal akan lebih pantas dengan kerjasama semua pihak dan agensi terlibat sekiranya berlaku bencana banjir di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memperuntukkan RM5 juta kepada Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka.

Kerja-kerja kecemasan luar jangka itu meliputi pemulihan sistem saliran, perparitan, memulihkan jalan dan jambatan serta struktur kawalan banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya