LANGKAWI: Kuasa membeli berkurangan serta trip perjalanan feri yang terhad menjadi antara punca menyumbang kepada kadar kemasukan pelancong semakin menurun ke pulau pelancongan ini. Tinjauan di Pantai Chenang di sini mendapati, kawasan tumpuan pelancong tersebut seperti biasa akan lengang tanpa kehadiran orang ramai pada hari biasa dan sedikit bertambah menjelang hujung minggu. Seorang peniaga barangan cenderahati, Halijah Rahman, 48, berkata, pada hujung minggu kebiasaannya jumlah pelancong yang berkunjung ke Langkawi adalah lebih ramai berbanding hari biasa. “Perbezaannya sangat tinggi dan saya dapat melihat perbezaan kira-kira 70 peratus bagi hasil jualan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya