‘Pan Gon marah macam harimau'

‘Pan Gon marah macam harimau’

PEMAIN Harimau Malaya, Faisal Halim (tengah) yakin Malaysia mampu bermain di Piala Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hero Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim mendedahkan situasi luar biasa di bilik persalinan telah menaikkan semangat para pemain untuk bangkit dengan penuh dramatik menumpaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, kelmarin.

Pemain yang popular dengan gelaran ‘Mickey’ itu menjelaskan karakter pengendali pasukan, Kim Pan Gon menjadikan seluruh pasukan seperti diserap ‘aura harimau sejati’ dan ia terserlah sepanjang babak kedua perlawanan.

Faisal berkata, kebangkitan luar biasa itu terjadi apabila Pan Gon telah membawa satu karakter yang lain bagi membangkitkan semangat para pemain agar tidak leka selain perlu bangkit untuk mencatatkan kemenangan.

“Di bilik persalinan, dia tidak cakap apa-apa cuma dia marah. Kalau saya nak cerita (perkara) dalam pasukan mungkin tidak bagus tetapi yang boleh saya katakan dia macam harimau dan itulah karakternya kerana dia tidak mahu anak buahnya lalai dalam padang.

“Itu yang ditekankan dalam bilik persalinan hingga kita bangkit di babak kedua. Selepas bolos di babak kedua, memang sukar untuk kita dapatkan tiga gol namun inilah rezeki kita,” kata pemain Selangor FC itu.

Dalam perlawanan kelmarin, Faisal meledak jaringan penting dalam masa kecederaan untuk tewaskan Kyrgyzstan 4-3, sekali gus melengkapkan lagi malam penuh warna-warni buat arena bola sepak tanah air

“Bukannya soal jaringan saya, tetapi seluruh pasukan yang berikan kemenangan ini, kami bekerja keras dari minit pertama dan inilah bola sepak. Kalau nak gambarkan kepuasan memang tidak tahu macam mana nak jelaskan.

“Tetapi paling penting pasukan dan kita semua gembira. Saya sudah alami kekejangan sebelum jaringan terhasil tetapi saya tidak menyerah kalah, walaupun tidak berada pada tahap 100 peratus, tetapi rezeki Allah itu luas dan manis sebenarnya.

“Alhamdulillah kita dapatkan kemenangan dalam aksi terakhir di Bukit Jalil untuk tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya