Ops Samseng: 57 saman atas pelbagai kesalahan babitkan penunggang motosikal dikeluarkan - Utusan Malaysia

Ops Samseng: 57 saman atas pelbagai kesalahan babitkan penunggang motosikal dikeluarkan

ANTARA penunggang motosikal yang ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis mengeluarkan sebanyak 57 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan bermula kelmarin hingga awal pagi tadi di daerah Barat Daya, di sini.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, selain saman turut disita lima buah motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

”Menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan bermula pukul 10 malam tadi hingga 5 pagi hari ini, sebanyak tiga buah motosikal telah disita dan 19 keping saman dikeluarkan.

”Selain itu, dalam operasi pada awal pagi Sabtu pula, sebanyak dua buah kenderaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalam 1987 dan 38 keping saman dikeluarkan atas lain-lain kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada.

“Operasi ini juga dijalankan bagi memastikan motosikal mereka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” katanya.

Selain itu, IPD Barat Daya berkata, operasi turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

“Operasi ini akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN