Operasi cari Ustaz Hafiz hilang masih diteruskan

Operasi cari Ustaz Hafiz hilang masih diteruskan

MOHD HAFIZ JASMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru agama, Mohd. Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sudah memasuki hari keempat di kawasan peranginan Sungai Sedim, di sini, hari ini.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, operasi yang ditangguhkan petang semalam disambung semula seawal pukul 8 pagi ini namun masih tiada perkembangan terbaru setakat ini.

Katanya, kira-kira 60 anggota SAR membabitkan pasukan bomba, polis, renjer dan penduduk kampung masih berusaha mencari mangsa.

ANGGOTA pasukan SAR mendengar taklimat sebelum menjalankan operasi mengesan seorang guru lelaki yang dipercayai hilang di sekitar pusat peranginan Sungai Sedim di Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM

“Operasi hari ini ditumpukan kepada dua bahagian iaitu satu kumpulan seramai 21 orang akan bergerak melalui laluan mendaki Gunung Bintang sehingga ke puncak yang dijangka mengambil masa lebih enam jam.

“Kumpulan kedua yang melibatkan seramai 10 orang pula akan melakukan pencarian di sepanjang sungai bermula dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) sejauh kira-kira lima kilometer,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Mohd. Hafiz yang mengajar di sebuah sekolah rendah dikhuatiri  hilang sebelum kereta jenis Proton Saga berwarna putih miliknya ditemukan di kawasan peranginan Sungai Sedim yang menjadi petunjuk awal kehilangannya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya