Op Lancar: Polis trafik tumpu lokasi panas, titik hitam - Utusan Malaysia

Op Lancar: Polis trafik tumpu lokasi panas, titik hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Op Lancar sempena perayaan Deevapali memberi tumpuan di kawasan lokasi panas dan titik hitam di seluruh negara bermula kelmarin hingga Isnin ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Nasri Omar berkata, anggota dan pegawai trafik ditempatkan di lokasi-lokasi dikenal pasti bagi memastikan kesesakan lalu lintas lancar dan terkawal.

“Ini susulan pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan melibatkan lokasi di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran.

“Justeru, bagi melancarkan pergerakan pengguna jalan raya, Op Lancar tertumpu di kawasan ‘hotspot’ dan ‘blackspot’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JSPT berharap semua pengguna jalan raya  sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan bertimbang rasa semasa memandu.

“Ini demi kelancaran dan keselamatan orang ramai sepanjang musim perayaan ini.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama sehingga 2.3 juta sehari sempena cuti perayaan Deepavali pada esok.

LLM dalam kenyataan dilaporkan berkata, lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.

Katanya, LLM juga menjangka sebanyak dua juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya Utara-Selatan pada waktu-waktu puncak, manakala lebuhraya KL-Karak, lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2 masing-masing 173,000, 71,000 dan 50,000 kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya