OKU maut terjatuh hospital bukan bahan jenaka 

OKU maut terjatuh hospital bukan bahan jenaka 

MARINA IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai khususnya pengguna media sosial diminta tidak menjadikan insiden seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) terjatuh dari tingkat enam Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini. sebagai bahan jenaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berkata, teguran itu dibuat kerana pihaknya mendapat ramai pengguna media sosial berjenaka tentangan insiden berkenaan.

Katanya, perkara sedemikian adalah sensitif dan tidak wajar dijadikan bahan lawak.

“Terganggu dengan video pesakit di HSI terjun dari bangunan hospital dengan masih berbaju hospital. Lagi terganggu dengan komen ‘kenapa tak ‘backflip’ je‘. Lawak ke dengan apa yang dilalui orang lain.

“Kita pun tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil keputusan sedemikian,” tulisnya dalam akaun Facebook rasmi miliknya.

Marina berkata, ramai pihak yang mendapatkan sokongan dan rawatan psikiatri bukan semestinya mengalami sakit mental sebaliknya berdepan tekanan emosi dan perasaan.

“Oleh itu, adalah lebih baik kita memberikan sokongan kepada pesakit-pesakit sedemikian,” katanya lanjut.

Terdahulu, Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, seorang pesakit OKU mental yang sedang menerima rawatan di HSI maut selepas terjatuh dari tingkat enam, semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya