Nasi goreng cita rasa Malaysia - Utusan Malaysia

Nasi goreng cita rasa Malaysia

PERENCAH Nasi Goreng Kampung Xtra Pedas Adabi kekalkan kandungan cili secukupnya dan pengguna tidak perlu lagi menambah cili padi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perencah Nasi Goreng Kampung Xtra Pedas yang merupakan produk baharu syarikat pengeluar makanan terkemuka, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. bukan sahaja mengekalkan selera masyarakat Malaysia, tetapi menawarkan keunikan demi kelainan cita rasa para pengguna.

Menurut Pengurus Pemasaran Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Azizie Amad, hal ini kerana produk itu masih menggunakan 100 peratus cili padi asli kerana mahu mengekalkan pedas sebenar di samping mahu mengekalkan produk berkualiti tinggi bagi memenuhi kepuasan pengguna.

Namun pada masa sama, ia didatangkan dengan kandungan semula jadi apabila pengguna boleh melihat sendiri cebisan cili halus demi mencapai kepuasan dan kualiti.

“Sebagai perencah baharu keluaran Adabi, sudah pasti kami mahu menawarkan keunikan dan kelainan berbeza berbanding produk sebelum ini. Jadi Perencah Nasi Goreng Kampung Xtra Pedas ini mengekalkan kandungan cili secukupnya dan pengguna tidak perlu lagi menambah cili padi.

“Pembaharuan ini menepati cita rasa pengguna masa kini yang mahu bahan memasak mudah disediakan. Hanya tempoh memasak singkat antara lima dan 10 minit untuk menyiapkan juadah sama ada untuk diri sendiri atau keluarga tersayang,” katanya.

Dengan menggunakan bahan semula jadi, Azizie berkata, Perencah Nasi Goreng Kampung Xtra Pedas itu menjamin kualiti kesegaran terbaik kerana mengekalkan kepedasan pada tahap lima sekali gus menepati cita rasa warga Malaysia khususnya penggemar makanan pedas.

Katanya, perencah keluaran bumiputera dan diyakini 100 peratus halal itu dikilangkan pihaknya di Rawang, Selangor dan mempunyai jangka hayat produk selama 18 bulan.

Katanya, sejak dilancarkan pada Jun lalu, perencah itu berjaya mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan orang ramai kerana bahan tersebut bukan sahaja digunakan untuk menu nasi goreng kampung tetapi sesuai untuk hidangan lain.

“Malah ada menggunakannya sebagai bahan ikan bakar, bihun goreng, kangkung goreng pedas dan sambal kicap. Jadi ia tidak terhad untuk perencah nasi goreng sahaja.

“Jadi, boleh dikatakan satu perencah ini boleh digunakan dalam pelbagai hidangan masakan khususnya bagi mereka golongan muda dan berkeluarga untuk menyiapkan makanan dalam masa singkat,” katanya.

Kata Azizie, cara hidangan nasi goreng kampung itu sangat mudah untuk disediakan iaitu masukkan perencah, nasi dan hirisan kacang panjang ke dalam satu bekas.

“Panaskan minyak, masukkan telur dan gaulkan sehingga masak. Masukkan bahan tadi dan gaulkan sehingga masak. Akhirnya, sedia untuk dihidangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azizie memaklumkan, Perencah Nasi Goreng Kampung Xtra Pedas didatangkan dengan tiga harga berdasarkan jenis pembungkusan iaitu RM2.20 (12x12x50 gram) dan RM2.20 (6x24x50 gram) serta RM4.30 (8x12x100gram) termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bagi mereka yang sentiasa menanti keluaran terbaharu produk Adabi, orang ramai boleh mendapatkan produk tersebut antaranya Kari Sardin Adabi di kedai-kedai runcit berhampiran seperti di rangkaian pasar raya besar seperti Mydin, Lotus, AEON Big seluruh negara.

Bertemakan Sajian Istana di Zaman Silam, produk pertama Adabi mula menemui rakyat Malaysia pada tahun 1984, dengan ciptaan serbuk kari Adabi seperti kari ikan, kari daging dan kurma.

Antara kepakaran Adabi ialah penghasilan pes yang pantas dan mudah dimasak sehingga diiktiraf sebagai antara pes paling lazat di Malaysia dengan pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan harian pengguna.

Nasi Goreng Kampung Xtra Pedas merupakan pes keluaran Adabi di samping nasi goreng, mi goreng mahupun sup tom yam yang bertujuan memudahkan dan menjimatkan masa dalam penyediaan bahan masakan dan juga mengekalkan cita rasa asli.

Dengan teknologi terkini, Adabi berjaya membuat pelbagai jenis perisa menggunakan bahan terpilih untuk pasaran yang meluas serta mengikut piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Eropah dan Amerika Syarikat, agar memastikan produk yang dihasilkan adalah sihat dan selamat buat pengguna Adabi.

Bermula dengan sebuah kilang kecil di kawasan perusahaan ringan Batu Caves, Adabi melebarkan operasinya ke kilang yang lebih besar di kawasan industri Taman Kepong pada tahun 1986.

Ketika itu juga, Adabi mempunyai dua kilang tambahan di Taman Ehsan yang dibuka pada tahun 1990 dan 1992.

Adabi kini beroperasi di kawasan seluas 1.6 hektar di Rawang Integrated Industrial Park sejak tahun 1996 yang sehingga kini merupakan ibu pejabat Adabi bagi menempatkan kilang pengeluaran produk, gudang, pejabat korporat dan kemudahan pentadbiran.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman www.adabi.com atau sertai https://Facebook.com/adabiMy instagram @adabi_consumer dan TikTok: adabiconsumer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN