PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat bergelar isteri kepada kepada bekas pemandu litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.11 pagi tadi.
Majlis yang berlangsung secara tertutup di salah sebuah resort popular di Bukit Tinggi itu menyaksikan Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 sen.
Menerusi beberapa keping gambar yang tular, Nabila yang cantik menyarung busana berona putih ditemani ibunya, Shamsidah Abd Rahman menuju ke jenjang pelamin.
Difahamkan majlis resepsi pula berlangsung tengah hari ini di lokasi sama.
Sebelum ini, penyanyi berusia 31 tahun itu mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilhannya, Nik Iruwan yang merupakan seorang usahawan.
Pendedahan yang diumumkan menerusi sosial media itu menerima respon positif daripada peminat yang mendoakan semoga urusan pernikahannya dipermudah dan diberkati.