KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi setelah berkongsi gambar dia dilamar teman lelakinya, Nik Iruwan Nik Izani di sebentar tadi.
Gambar yang dimuat naik di Instagramnya itu menunjukkan Nabila memegang tangan lelaki berkenaan yang melutut di hadapannya.
“I said yes,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Nabila turut memilih single terbaharunya, New Chapter sebagai lagu latar gambar berkenaan.
Nabila yang mesra disapa Bella sebelum ini mencipta sensasi selepas khabar angin dia bakal berkahwin sempena hari ulang tahunnya pada 13 November tersebar luas.
Terdahulu, penyanyi lagu Pematah Hati itu dikatakan selamat bergelar tunang kepada Nik meskipun tiada pengesahan diberikan oleh kedua pihak.