Mustahil ganti dialog lain yang tak diucap dalam rakaman asal

Mustahil ganti dialog lain yang tak diucap dalam rakaman asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Namron mempersoalkan dakwaan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab yang kononnya kandungan audio dalam video tular bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff telah disunting menggunakan teknik voice over.

Menurut Namron, dakwaan itu meragukan kerana tindakan menggantikan dialog lain yang tidak diucap dalam rakaman asal adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

“Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menghubungi seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang.

“Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar shot Gajus kepada shot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu pada shot tersebut.

“Kedua, pengarah atau sound editor (penyunting bunyi) boleh menggunakan insert shot dengan menunjukkan gambar beg LV ketika menggunakan dialog baharu tersebut,” katanya di media sosial.

Terdahulu tular video perbualan lucah yang didakwa membabitkan Mohammad Agus dan Abdul Wahab di media sosial.

Abdul Wahab, menerusi sidang akhbar Jumaat lepas menegaskan kandungan audio menerusi video terbabit sebagai palsu, rekaan dan disunting dengan teknik voice over.

Dia juga mendakwa telah diarahkan pegawai atasan yang disebut sebagai Mr. H untuk merakam perbualan terbabit untuk menjatuhkan Mohammad Agus.

Dalam komen sama, Namron turut menasihatkan agar individu berkenaan merujuk pakar suntingan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN